Tuesday, December 25, 2012

Tuesday, September 18, 2012

Teknik Cangkuk / Tut

KAEDAH TUT, CANGKOK YG TERBAIK. 1. Gambarajah (1) menunjukkan pokok yg akan ditut. 2. Gambarajah (2) menunjukkan dahan yg dipilih utk ditut. Dahan A dan B akan ditut mengikut garisan putus yg ditanda. 3. Gambarajah (3) menunjukkan dahan yg telah dibuang kambium di sekeliling termasuk teras kecuali ditinggalkan sedikit pada bahagian C. Tinggalkan sedikit kulit pada bahagian C (bergantung pada kecil / besar dahan supaya dahan akan terus hidup. Masukkan moss (lumut laut) atau sabut di sekeliling lubang (tanah agak lambat mengeluarkan akar. Dalam 2-3 minggu cuba lihat adakah akar sudah keluar, jika hanya satu sahaja akar yg keluar patahkan dan balut semula dgn lumut, tunggu sekurang kurangnya ada tiga akar atau lebih baru dipotong dibahagian C dan ditanam. 4. Gambarajah (4) beza dgn cara gambarajah (3) dahan terus dipotong keluar dan direndam dalam air yg mengandungi pasir, tunggu sampai keluar akar yang banyak jika keluar satu patahkan dan rendam semula. Bukan semua pokok boleh direndam, Contoh pokok yang boleh direndam seperti anting putri. Keadah tut yang seperti ini adalah yang terbaik, hasilnya angat memuaskan sesuai untuk menghasilkan pokok bersaiz kecil....Selamat mencuba.

Gaya yang Menarik

Cucur Atap

Monday, September 17, 2012