Berdasarkan pengalaman saya dari tahun 1995 hingga sekarang punca pokok cucur atap meranting dan mati adalah disebabkan:
1) Tidak memilih pokok yg akarnya betul2 kuat utk membuat bonsai.
2) Tidak pernah menukar tanah sejak dari mula menanamnya.
3) Masalah pembajaan ( selalu menukar jenis baja bila disyorkan oleh seseorang ).
4) Penyiraman yg tidak teratur (ramai yg tidak akan menyiram bonsai bila hari hujan walaupun hujan tidak begitu lebat).
5) Membiarkan rumput terlalu panjang dlm pot,semasa mencabut rumput akar cucur atap akan putus dan terkeluar bersama akar rumput.
6) Cucur atap hendaklah dibajai semasa berbunga dan pastikan jangan memotong (trim) daunnya waktu ini.
7) Selepas berbunga iaitu ketika kesemua bunganya menjadi coklat, bunga waktu ini dapat memegang air seperti span, jadi jika hari hujan ataupun jika menyiram pokok pastikan kesemua dahannya dijentik supaya airnya luruh. Air yg melekat waktu ini boleh meluruhkan daun hingga kelihatan jarang (nipis).
Pokok cucur atap mesti ditukar tanahnya setahun sekali, walaupun pokok itu masih kelihatan subur. Tanahnya boleh dibuang habis 100%.
Semua jenis tanah boleh digunakan termasuk pasir malang dan tanah johor, yg mustahaknya cucur atap lebih sesuai ditanam dgn tanah yg halus. Jadi semua jenis tanah haruslah diayak terlebih dahulu.
Pastikan semasa menanam tanahnya masuk ke semua celah celah akar. Jangan sesekali menggunakan jaring hijau yg halus (yg digunakan utk buat almari lauk). Ini kerana lubangnya sangat halus, pokok akan subur utk beberapa bulan sahaja, apabila akar rambu menutupinya ia akan tersumbat dan membuatkan air bertakung. Akibatnya akar pokok menjadi masam dan buruk. Dalam keadaan ini pokok akan meranting dan daunnya akan berubah warna. Gunalah jaring yg lubangnya lebih luas utk menutup lubang pasu. Lagi bermasalah jika pokok itu dibajai, setiap pokok yg bermasalah jangan sesekali dibajai kerana itu adalah cara yg salah, sebaliknya uji tanah itu ataupun cara terbaik tukar terus tanahnya.
Sekian selamat mencuba.