Wednesday, August 10, 2011

CUCUR ATAP ( BEACKEA FRUTECENSE)

1. Dimana cucur atap boleh diperolehi?
Cucur atap terdapat di Trengganu, Indonesia, Thailand,Serawak, Kedah, Johor dan Selangor.

2.Bagaimana mengambilnya?
Cucur atap haruslah digali dengan mengambil tanahnya sekali supaya akarnya tidak kering dalam perjalanan. Sebelum ditanam semula sebaiknya tanah asal dibuang terus supaya tidak terdapat akar pokok lain, kebiasaannya terdapat sarang anai-anai pada perdu pokok cucur atap. Anai-anai boleh mematikan pokok dalam tempoh empat bulan ke bawah. Cucur atap adalah spesis yang tahan lasak apabila ianya hidup lebih dari empat bulan.

3. Apakah tanah yang sesuai?
Semua jenis tanah sesuai untuk cucur atap asalkan tanah itu dapat memegang kelembapan yang agak lama, lebih sesuai jika digunakan tanah yang berbutir halus, jadi pastikan tanahnya diayak.

4. Bila dahan boleh mula dibentuk?
Pembentukkan dahan haruslah dilakukan semasa dahan masih kecil dan muda kerana dahan cucur atap cepat keras apabila besar. Pendawaian sebaiknya dilakukan di siang hari dan pastikan tidak disiram sebelum pendawaian. Dahan yang subur dan berair mudah patah apabila dilentur. Dawai boleh dibuka semula dalam tempuh tiga bulan itupun bergantung pada kesuburan pokok.

5. Bila cucur atap sudah dapat dilihat bentuknya?
Dalam tempuh dua tahun cucur atap sudah dapat dilihat bentuk dan designnya cuma masih belum matang saja.

6. Baja apa yang sesuai untuk cucur atap?
Semua jenis baja sesuai tetapi disyorkan guna baja organik. Baja kimia memerlukan air yang cukup kerana tindakbalasnya cepat.

7. Bila tanah perlu ditukar?
Untuk kesuburan yang berterusan sebaiknya tanah ditukar tidak melebihi setahun setengah. Tanah boleh dibuang habis ataupun ditinggalkan 30-40 %. Pastikan pokok ditrim dahulu sebelum repot, masa pucuk mula keluar itulah masa yang paling sesuai merepot pokok. Pastikan berada ditempat teduh untuk beberapa hari.

8. Kenapa cucur atap meranting?
Ramai dikalangan pemain bonsai hanya tahu menyiram dan membaja sahaja. Semua bonsai perlu diracun dengan racun serangga dan kulat. Serangga dan kulat adalah penyebab besar pokok boleh meranting. Pokok bonsai juga perlu diberi vitamin ataupun dipanggil baja tambahan. Biasanya digunakan baja spray seperti contohnya B1.

Ramai pemain dan peminat bonsai yg bertanggapan salah tentang cucur atap. Ramai yg mengatakan cucur atap mudah meranting dan mati akhirnya. Tanggapan ini salah sama sekali.

Berdasarkan pengalaman saya dari tahun 1995 hingga sekarang punca pokok cucur atap meranting dan mati adalah disebabkan:

1) Tidak memilih pokok yg akarnya betul2 kuat utk membuat bonsai.
2) Tidak pernah menukar tanah sejak dari mula menanamnya.
3) Masalah pembajaan ( selalu menukar jenis baja bila disyorkan oleh seseorang ).
4) Penyiraman yg tidak teratur (ramai yg tidak akan menyiram bonsai bila hari hujan walaupun hujan tidak begitu lebat).
5) Membiarkan rumput terlalu panjang dlm pot,semasa mencabut rumput akar cucur atap akan putus dan terkeluar bersama akar rumput.
6) Cucur atap hendaklah dibajai semasa berbunga dan pastikan jangan memotong (trim) daunnya waktu ini.
7) Selepas berbunga iaitu ketika kesemua bunganya menjadi coklat, bunga waktu ini dapat memegang air seperti span, jadi jika hari hujan ataupun jika menyiram pokok pastikan kesemua dahannya dijentik supaya airnya luruh. Air yg melekat waktu ini boleh meluruhkan daun hingga kelihatan jarang (nipis).

Pokok cucur atap mesti ditukar tanahnya setahun sekali, walaupun pokok itu masih kelihatan subur. Tanahnya boleh dibuang habis 100%.

Semua jenis tanah boleh digunakan termasuk pasir malang dan tanah johor, yg mustahaknya cucur atap lebih sesuai ditanam dgn tanah yg halus. Jadi semua jenis tanah haruslah diayak terlebih dahulu.

Pastikan semasa menanam tanahnya masuk ke semua celah celah akar. Jangan sesekali menggunakan jaring hijau yg halus (yg digunakan utk buat almari lauk). Ini kerana lubangnya sangat halus, pokok akan subur utk beberapa bulan sahaja, apabila akar rambu menutupinya ia akan tersumbat dan membuatkan air bertakung. Akibatnya akar pokok menjadi masam dan buruk. Dalam keadaan ini pokok akan meranting dan daunnya akan berubah warna. Gunalah jaring yg lubangnya lebih luas utk menutup lubang pasu. Lagi bermasalah jika pokok itu dibajai, setiap pokok yg bermasalah jangan sesekali dibajai kerana itu adalah cara yg salah, sebaliknya uji tanah itu ataupun cara terbaik tukar terus tanahnya.
Sekian selamat mencuba.