Saturday, September 10, 2011
Santalia, Jeliti, Melati, Anting Putri, Wrightia Religiosa
Pandangan hadapan yg asal
dahan kiri dan kanan yg akan di buang
Sudut pandang yg baru sblm pemotongan
Cabang ranting dan dahan yg sedang dipotong
pemotongan haruslah berhati hati supaya tak terlebih dari tempat yg dikehendaki
Ma- E sedang membuat pemotongan dahan
Sudut pandang yg baru beserta satu dahan simulasi disblh kiri
setiap tempat pemotongan haruslah dibaiki sebaik mungkin agar tidak kelihatan setelah sembuh kelak
tempat dahan baru yg akan dibela semula
Pandangan belakang yg baru Pemilihan semula sudut pandangan yang baru. Kalau diperhatikan pandangan belakang mempunyai akar yang lebih menarik tetapi jgn tertipu kerana perdahanannya pula tidak menarik. Sudut pandang yang baru mempunyai akar yang lebih matang dan perdahanan yang lebih teratur juga kelihatan lenggok batang yang lebih menarik. Dahan kiri lebih cantik dibela yang baru daripada dibuat curve dgn gergaji kerana pergerakan dahan baru akan diubah haluannya ke hadapan sedikit utk memenuhi ruang supaya kelihatan lebih seimbang. Untuk membaiki santalia jangan takut pada luka yang besar, yang penting setiap luka haruslah dibaiki sebaik mungkin agar tidak kelihatan setelah ianya sembuh nanti, luka yang besar boleh sembuh dengan cepat jika dijaga dgn baik. Selamat mencuba.
Subscribe to:
Posts (Atom)