Sunday, December 27, 2009

BEBUAS (PREMNA MNAUSEOSE), SANCANG @ WAHONG LAUT

Di bawah adalah transformasi pokok bebuas yg saya rasa lebih unik jika sekiranya gaya & designnya diubah dari gaya asalnya. Simulasi yg saya buat agak keras & kasar kerana agak susah sedikit menggunakan dawai. Dahan cascade di bawah boleh dilembutkan lagi untuk menampakkan pokok lebih harmoni. Harapan saya dgn tranformasi bebuas ini kita sama-sama dapat berbincang & berkongsi pengetahuan.
Selamat berkarya...


Pandangan hadapan & belakang sebelum ubahsuai...



Pandangan hadapan & belakang selepas pengubahsuaian...


Baiki akar selepas ubahsuai...


Simulasi pandangan hadapan & belakang (lebih kurang)


Simulasi.

Wednesday, December 9, 2009

THAI BONSAI 2009 ABFF The 3rd ABFF Convention & Exhibition On 1-5 Dec 2009

Salam sejahtera buat semua peminat bonsai tanahair.

Saya memohon maaf kerana tidak mengambil semua gambar bonsai yg dipertandingkan. Ini disebabkan oleh keadaan cuaca yg amat panas. Lagipun pada pandangan saya bonsai-bonsai yg lain itu adalah biasa biasa sahaja.
Bagi saya bonsai di Thailand masih lagi di peringkat lama dan tidak ada banyak perubahan. Memang kebanyakkan bonsai mereka nampak matang tetapi 90% bonsainya terdiri dari pokok gaya formal dan semua canopy berbentuk mushroom.
Gambar yg saya ambil di bawah ada sedikit pembaharuan yg saya kira dapat kita semua kongsi menghayatinya.
Terima kasih dan jumpa lagi.


di pintu masuk pertandingan.


di antara nursery yg mengadakan jualan di tempat pertandingan (lebih kurang 50 gerai yg ada)






pemandangan di tempat pertandingan yg luas dan panas terik walaupun disediakan payung tetapi masih tidak dapat menahan keperitan kulit.


























Demonstrasi oleh Master Robert.


Pokok bebuas yg siap demo...


dari kiri Shifu Robert Steven, Prof Amy Liang, Mat Yie dan Shifu Saw Yik selepas demonstrasi pokok bebuas.




Bersama shifu dari India Mr Suraj Syah dan Mrs Ruppa Syah.