Tuesday, February 3, 2009

BERUAS - PREMNA MICROPHYLLA - SANCANG





Apakah bentuk / style gaya bonsai di atas? Pokok ini perlu pengubah suaian yg lebih sempurna. Penghasilan idea dan pendapat adalah penting untuk di jadikan bonsai lebih berseni dan alami melalui pengalaman setiap pencinta bonsai memerlukan fikiran yg tajam dan jauh kehadapan

Dalam permainan bonsai jika kita kreatif, pembentukan dan pembuatan bonsai tidak berakhir. Setiap bonsai boleh diubah suai dan 'centre'nya juga boleh ditukarkan. Jin/shari boleh dibentuk. Erti kata lain pembentukkan bonsai tidak berkesudahan. Begitu juga ilmu/pengalaman bergerak seiringan. Bentuk pasu juga akan berubah rupa, saiz/warna bagi menambah 'dignity', nilai dan 'elegent' supaya bonsai lebih bergaya.

Marilah sama-sama memberi idea segar dalam melestari pokok bebuas kepunyaan Sdr Wan Mohd Shahir ini. Anda boleh komen dlm matyiegarden ataupun dlm blog bonsaikita, tidak ada masalah. Hantarlah simulasi/ idea anda ke e-mail Bohori @ ke sdr Dwan.

Terima Kasih.

3 comments:

Abdul Malik said...

salam,


pokok abag yie ke?saya suka pokok2 gini nih.......

dengar abag yie demam..dah ok ka?
sama la kita......

demam cucur atap kot?he...he...heeee

Mat Yie said...

Wassalam,
Itu pokok Wan Mohd Shahir (anak Hj Halim Kuantan). Dia minta pandangan peminat2 bonsai utk memperhebatkan lagi pokok ini. Bagi lah komen En Malik oii....
Alhamdulillah dah sihat, nampaknya boleh pi gali cucur atap lagi lah, mailah nak join sama no....

Abdul Malik said...

salam,

nanti saya nak pi saya bagitau abag yi.......

pokok tu nak komen camno nih......

nanti den pk dulu