Friday, April 17, 2009

SANTALIA LARGE

19 comments:

zamrizal said...

salam Abg Yie....

wahhh...cantik bonsai santalia ni...banirnya pun cantik...simulasi pertama paling sesuai...nampak original...pada sayalah...

zamrizal said...

bang Yie.
mintak tips sikit...macamane nak tuakan ranting bonsai santalia ni.....

Mat Yie said...

Hai Rizal,
Santalia ini kepunyaan SM kita kat Semenyeh. Selain drpd masa yg menentukan ketuaan ranting, ianya boleh juga ditipu dgn mengurangkan penyiraman utk menuakan ranting.

Noryadi said...

Terima kasih abg yi krn bersusah payah membuat simulasi & memberikan idea dlm pembentukan santalia ni.

Betul lah,baru saya teringat. Ada seorang sifu bonsai di Mantin yg membuat bonsai (kebanyakannya jeliti) yg bersaiz miniatur...pokok2nya yg semuanya berliuk kelihatan cukup tua. Kaedah penyiraman hanyalah dgn menggunakan mist/water timer dan tanah yg digunakan sudah habis dgn hanya akar pokok yg memenuhi pasu...mungkin dgn kaedah inilah yg menampakkan ketuaan pokok2 mini sifu tersebut.

Mat Yie said...

beberapa kaedah untuk kelihatan pokok lebih tua dan matang.

1.Pokok yg sudah siap seharusnya ditanam didalam media tanah yang halus (tanah yg telah diayak)

2.Cara penyiraman yg dikawal,pokok siap tidak memerlukan air yg berlebihan .

3.Cara pembentukan atau design pokok tersebut. Jangan terlalu lebat.

4.Selalu membuang daun apabila daunnya kelihatan tua, kebiasaannya jarak masa 3 bulan sekali, itupun bergantung pada npenyiraman kita.

5.Kaedah pruning adalah yg paling mustahak sekali, pokok yg kelihatan muda boleh ditipu dgn kaedah pruning.

Noryadi said...

Ilmu baru ni....trm kasih sifu.

zamrizal said...

input2......trime kasih banyak2 Abg Yie....abg Yie ada koleksi beringin tak....ada blehla tunjuk. saya minat bonsai beringin ni..ada banyak teknik bonsai ni tapi kurang pengetahuanla saya....ada berilah sikit tips abg yie. sorrry out of topic.....

zamrizal said...

saya baru hantar email kat Abg Yie gambar terbaru koleksi saya. mintak pendapat abg Yie sikit...hari2 saya dok ngadap pokok ni tapi kurang ideala....blur kepala saya pikirkan. nak mintak idea bonsai melayu abg Yie ni....

zamrizal said...

aman dan tenang jek blog abg Yie ni..........................baru dnamekan blog bonsai....

Mat Yie said...

Hai Rizal,
Abg Yie ada pokok beringin tp belum siap sepenuhnya lagi. Nanti siap akan A. Yie publish dlm blog ni. Cara penjagaannya sama macam pokok ficus.
Tentang pkk jeliti rizal tu nanti a.yie tgk dulu. Tak sempat nak buka email lagi.
Terima kasih.

Mat Yie said...

Hai Rizal,
A.Yie dah tgk pokok jeliti Rizal tu. A. Yie minta Rizal ambil gambar pandangan sisi kiri,kanan dan belakang, hantar ke email A. Yie nanti ya.

zamrizal said...

hai Abg Yie...saya sudah emailkan gambar pandangan sisi dan blakang pokok saya. mintak tolong abgYie tilik2kan ye...

- said...

Salam abg yie,

Abg yie bleh bagi tips skit macamanana kenal spesis2 jeliti dan berapa lama biasanya nak siapkan satu pokok jeliti seperti jeliti SM Noryadi,
Untuk pengetahuan abg yie saya memang minat jeliti dan sepuluh tahun lepas saya memang gila2 mengali jeliti kampung di daerah tanah merah, byk yg berkualiti dapat saya bawa balik tapi tak bertahan lama pokok mati,

skrng ni saya tengah menyiapkan 3 saiz pokok jeliti bersaiz Mini, sekaki dan lebih sekaki, Jeliti Johor yang saya beli disekitar daerah Kota Bharu

- said...

satu lagi saya lupa abg yie, berapa harganya nak dapatkan base jeliti johor bersaiz large agak2 sama dengan SM Noryadi tu yang nampak kerangka lebih kurang gitu.

Mat Yie said...

Hai,
Salam buat WR.

1. Jeliti ada banyak spesis spt yg telah A.yie jelaskan terdahulu. Yg terbaik adalah jenis daun mata pedang batang putih dan berkulit tebal. Untuk membuat pokok mini lebih baik guna baka johor daun pendek atau batang kelabu kerana batangnya cepat nampak tua dan matang. Kalau boleh jgn sesekali guna baka jeliti kampung krn ia tidak bertahan lama iaitu akan memakan diri & merugikan masa.

2. Utk menyiapkan satu pokok bonsai kebiasaannya memakan masa 6-8 tahun bergantung pd penjagaan kita.

3. Harga jeliti tidak bergantung pd saiz pokok sebaliknya bergantung pd banir dan peratus pokok itu siap. Kalau yg macam Adi punya itu RM8000. Jeliti boleh lagi dibeli dgn harga RM1000- RM8000 yg banirnya hampir lebih kurang sama dgn yg Adi punya.

Sekian selamat mencuba.

- said...

Terima abg yie,
Kalau terlanjur ke Wakaf Bharu jemput singgah kerumah (Depan pasar tepi jalan)bleh bagi tips2 skit dengan pokok2 saya.

sekian terima kasih

Ruzi Nissan said...

Salam Abg Yie...

CONGRATULATION'S FOR ALL..
Kreativiti pembikinan bonsai Abg Yie adalah TERBAIK.
BCI tempoh hari dah cukup untuk membuktikan kehebatan Abg Yie..

Cadangan saya :-
-Mengadakan Bengkel Bonsai Amal
dikediaman Abg yie
-Tenaga pengajar bengkel tersebut
ialah Abg Yie Sendiri.
-Penyertaan dibuka untuk umum.
-Dengan adanya Bengkel tersebut
dapat menambahkan DANA untuk
PSBK.
Tujuan cadangan :-
-Pengetahuan mengenai bonsai
dari segala aspek (Cara
penanaman,Penyuburan,Tahap
Kesihatan,teknik pembikinan pokok
dll.
-Tidak dinafikan masih ramai
lagi ahli PSBK dan bukan ahli
masih lagi cetek pengetahuan
mengenai BONSAI dari segala
aspek.(termasuklah saya sendiri)
-Boleh dikatakan semua ahli
dan bukan ahli ingin
menghadiri Bengkel Bonsai Amal
oleh Persatuan Seni Bonsai
Kelantan yang dianjurkan bersama
Bonsai & Stone Academy dan Bonsai
Club International yg bertempat
di Greensphere Bonsai Nursery I S
Ng 34356 Jalan 8/125, Desa
Petaling, 57100 KL tempoh hari.
akan tetapi atas sebab-sebab
tertentu segelintir dari mereka
ini tak dapat menghadirinya.
Maklumlah kos untuk kesana
memerlukan jumlah RM yang agak
banyak bagi mereka yg kurang
berkemampuan dari segi kewangan,
keinginan itu terpaksa dilupakan.
-Tidak Dinafikan sedia maklum
tip-tip tersebut ada dipaparkan
dalam blog rasmi PSBK iaitu
https://bonsaikita.blogspot.com
walaubagaimanapun tidak semua ahli
PSBK & bukan ahli tak dapat
melayarinya kerna masih ramai
lagi yg buta IT.
(maaf jika perkataan BUTA IT bisa
kurang menyenangkan sesetengah
INDIVIDU)
-Walaubagaimanapun Bengkel cadangan
saya ini memerlukan RM juga bagi
perserta yg beminat tapi bagi
tanggapan saya jumlah RM yg boleh
dikatakan mampu bagi semua peminat
walaupun dari golongan kurang
kemampuan dari segi kewangan.

Ini adalah cadangan saya sahaja,
jika cadangan saya ini tidak berasas saya menyusun 10 jari dan memohon ribuan kemaafan.

AKAN TETAPI jika Abg Yie sudi mengadakanya saya & tak mustahil ahli yang lain sedia menghulurkan bantuan dan tenaga saya untuk mengjayakan Cadangan tersebut..

MAJULAH BONSAI UNTUK NEGARA..

Unknown said...

Salam bang..ley kongsi ckit x cmne nak gubah pokok bonsai seperti pokok ara..tq

yeeoop said...

Slm abg mat yie... Saya ingin sangat mendapatkan benih jeliti johor. Jika abg ada stok boleh tak jualkan pada saya?