Friday, January 30, 2009
Monday, January 26, 2009
Thursday, January 15, 2009
Saturday, January 10, 2009
CUCUR ATAP- SEBELUM & SELEPAS
Sebelum siap sepenuhnya, selepas beberapa bulan masuk tanding kat Kuala Lumpur (Cheras) dapat tempat ke 2.
Mengubah cara kedudukan dan posisi pandang untuk penampilan yang lebih hebat.
Untuk mendapatkan satu pandangan yg harmoni pokok haruslah ditanam dengan betul iaitu harus mengikut gerak batang disamping mencari satu sudut pandangan untuk di hayati. Pokok yg harmoni itu bukan dibentuk dgn ilmu pengetahuan semata mata ianya haruslah bersama dengan jiwa dan hati nurani seseorang, seolah olah kejadian pembentukan itu datangnya dari yg Maha Esa. Kita hanya merancang Allah yg menentukan segalanya, Allah suka pada semua keindahan dalam segala bentuk.
Wednesday, January 7, 2009
Tuesday, January 6, 2009
BUXUS-- WHANGYANG UBAHSUAI
Pokok Buxus dipertengahan tahun 2006
Semasa pertandingan di Kluang Johor Dec 2008
Pandangan belakang setelah konopi diubahsuai
Pandangan hadapan setelah konopi diubahsuai selepas pertandingan di Kluang.
Pokok yg kelihatan muda disebabkan rimbunan konopinya yg lebat boleh diubah cara pruningnya agar ianya kelihatan lebih tua. Pada kebiasaannya kita hanya membentuk konopi shj semasa menyiapkan pokok, cara ini tidak salah tapi pokok tidak akan kelihatan tua dan mudah jemu dipandang. Sepatutnya setiap dahan membentuk satu apex dan didalam setiap apex tersebut terdapat banyak peak, dahan mestilah ada yg keluar dan masuk supaya konopinya tidak nampak sama dari jauh, maksud saya konopinya jadi macam "A" atau "O" adalah tak cantik. Pokok yg dilihat dari jauh akan kelihatan satu konopi shj perlu diubah agar kita dapat melihat juga dahan,ranting dan perbezaan apex antara dahan ke dahan. Paling mudah mengerti jika kita perhatikan pokok yg tua dialam ini.Pokok yg tua tidak mempunyai daun yg banyak walaupun ianya dlm keadaan subur dan sehat.
Saturday, January 3, 2009
WAHONG LAUT - BERUAS @ BEBUAS - PREMNA NAUSEOSE
Pokok Bebuas kepunyaan Mad Soghe ( ahli PSBK ). Pokok ini mahu diubahsuai dari gaya asalnya. Ada 2 cara gaya pohon yg termampu saya lakarkan. Jika ada sesiapa yg mempunyai idea yg lebih baik bolehlah memberi komen, tidak ada masaalah.
Simulation. Semua simulation sepatutnya ada dahan belakang tapi tidak dilakarkan untuk mudah dilihat.
Simulation 1 dan Simulation 2
Subscribe to:
Posts (Atom)