Saturday, January 3, 2009

WAHONG LAUT - BERUAS @ BEBUAS - PREMNA NAUSEOSE


Pokok Bebuas kepunyaan Mad Soghe ( ahli PSBK ). Pokok ini mahu diubahsuai dari gaya asalnya. Ada 2 cara gaya pohon yg termampu saya lakarkan. Jika ada sesiapa yg mempunyai idea yg lebih baik bolehlah memberi komen, tidak ada masaalah.


Simulation. Semua simulation sepatutnya ada dahan belakang tapi tidak dilakarkan untuk mudah dilihat.


Simulation 1 dan Simulation 2

14 comments:

Noryadi said...

Wow,superb & marvellous imagination!!! Real sifu.

Pergerakan perdahanan alam. Dari pokok matang (mature tree), bertukar jadi pokok selepas matang (post-mature tree). Ini yang nk kena menuntut dgn Abg Yi ni.

bonsai kita said...

Real Sifu! Tahniah Hasil seni yang hebat.

Tanpa menghilangkan nilai idealisme sedia ada Sifu bohori telah memberikan nilai tambah yang tinggi kepada pohon beruas ini. Kematangan imaginasi sifu menunjukkan kreativiti yang tersendiri.keseimbangan ukuran antara akar, batang, cabang, ranting dan daun . Kombinasi di semua bahagian ini menunjukkan sebuah visual yang indah dan mempersonakan.
kombinasi yang dilakarkan juga berjaya memberikan kesan dimensi yang sempurna dan kesan tua. lihat lakaran pertama pohon diberi kesan tua yang mempunyai dahan-dahan yang mati, bahagian ini diimbangi dengan dahan -dahan yang hidup di sebelah kanan dan dilakukan penghalusan untuk memunculkan warna daunnya dengan jin semulajadi.

Untuk lakaran kedua pula pohon diberi kesan tua dengan kombinasi dahan hidup dan dahan mati yang melatari keseluruhan pohon beruas.Nampak asli dengan batang mempunyai jin semulajadi. Bentuk keseluruhan pohon begitu sempurna.

“Mari lah kita pakat belajar dengan sifu!”

sHaHir said...

salam abg yie,

satu idea yg baik....
saya lebih suka pada simulation pertama.
ianya menonjolkan jin/kayu mati pada pokok tersebut serta dahannya membentuk irama dan pergerakan semulajadi.

jul3233 said...

Assalamualaikum, Kekawan semua,

Tahniah SB atas simulasi. . . .

Saya anggap simulasi ini adalah subjek pertama saya pada tahun ini.

Pandangan peribadi saya,

Tumpuan saya pada gambar material asas, memang sukar untuk kita memperolehi material yang sempurna atau material asas yang telah ready tanpa perlu sentuhan pembentukan tangan manusia dan bagi menghasilkan bonsai yang baik, indah dan harmoni sewajipnya sentuhan penghasilan tangan diperlukan tanpa mengabaikan nilai-nilai alam. Material asas kepunyaan Mat Soghe ini bagi saya terkumpul dalam kategori material asas yang baik dan ada prospek.

Gambar simulasi 1,

Bagi saya, semestinya bonsai jenis ini tumbuh dan hidup dilereng bukit atau terhalang, kehidupan bonsai ini terseksa kerana tidak menerima cahaya matahari dengan sempurna. Bagi mereka yang berminat dengan bonsai jenis ini ianya mempunyai nilai dan keunikannya tersendiri. Dari material asas yang sedia ada, pembentukkan bonsai jenis ini memerlukan pengorbanan dahan yang serius.

Gambar simulasi ke 2,

Secara peribadi saya amat tertarik dan berminat dengan gambar simulasi ke 2 ini, Berpandukan pada material asas kita tidak perlu mengorbankan dengan serius dahan dahan yang tersedia, dengan ini keadaan semulajadi tidak diganggugugat. Dari segi persembahan pokok jenis ini kelihatan seimbang dan harmoni dengan dahan depan, belakang, puncak dan jin terserlah. Bonsai jenis ini sesuai ditempatkan dilaman utama. Semestinya ia menjadi tumpuan utama.

Perhatian ! ! ! ini adalah pandangan peribadi saya.

Noryadi said...

Saya setuju dengan komen Abg Dwan. Komen dari Jul3233 juga merangkumi filosofi pohon ini yang lengkap baik utk simulasi 1 atau 2. Idea dari Shahir juga amat menarik dan extreme.

Abg Mad Soghe,
Dari simulasi 1 atau 2,kedua-dua simulasi masa depan pohon ini tetap memerlukan dahan paling bawah di sebelah kiri pohon ini dimatikan dan dipatahkan utk menjadikan satu jin yang menarik. Yang menjadi persoalan di sini adalah..sungguh pun tiada yg menyangkal beruas ini yg akan digayakan style moden begini adalah cantik..tapi pasti tuan pokok tersebut akan merasakan masa yang telah dihabiskan utk melatih dahan generasi pertama atau kedua menjadi saiz sebesar pergelangan tangan begitu bukan dlm tempoh masa yg singkat, dan adakah berbaloi utk mengorbankan dahan tersebut utk dijadikan jin dalam membentuk pohon menjadi gaya moden begini?

Bagi saya yang amat mengenali Sifu Bohori,saya yakin dan percaya setiap inci dahan yang dicadangkan utk dipotong atau dibuang adalah di dalam pertimbangan yang paling terperinci Sifu Bohori sebelum ianya menjadi final..pasti ada rasioanalnya. Sekali pandang dari perdahanannya,saya sudah menyedari rasionalnya tapi saya serahkan kpd Sifu Bohori utk menjelaskannya.

Mat Yie said...

Salam utk semua,

Bagi pandangan saya dahan kiri disebelah bawah haruslah dimatikan kerana ianya hampir sama kedudukan dgn dahan kanan , situasi begini tidak akan menimbulkan kelembutan dari pandangan mata. Tiada salah utk menyimpan dahan tersebut, cuma bagi saya dimatikan itu lebih baik,disamping itu ianya boleh menjadi counter balance bagi pokok tersebut. Dahan belakang sengaja tidak dilukis kerana takut mengelirukan pandangan dahan lain yg mahu dipotong. Perlu diingat didalam conopy ada apex, didalam apex ada peak, pokok yg ada peak adalah pokok yg tersangat matang dan tua, pokok yg tua tidak merimbun daunnya. Adalah salah dgn
hukum nature jika pokok yg ada jin
@ shari dibuat daunnya terlalu lebat atau rimbun. Sekian dan sampai jumpa lagi.

Pak Sulis Mirten said...

Gimana sipu Bohori mulain pengamatan tuk mencari titik mula simulasi wahong ini? Apa elemen utamanya pak? Q kira ini yang paling utama dalam pembikinan bonsai. Aq sendiri ngak mengerti maw dimulain nya di mana? Udah siap dilukis pasti nya semua orang bilang "ooo ya,pasti nya gitu siap pohon nya. Memang pun gini maw dibikin pada mula nya"...goblok sekali, gampang bicara.
Bisa sipu ajarin aq ya.

Ahmad Farus said...

Hebat dan simulasi yang menarik.
At the end of the day,keep the tree as 'natural look' as it can be and of course with a touch of Sifu's genius.
Imaginasi menarik.

mad soghe said...

salam pada semua,,,
Terima kasih pada sifu BOHORI kerana talah membantu,memberi inspirasi pada saya sekaligus menambah pengetahua&pengalaman tentang apa itu bonsai yang sebenar. rasanya tak cukup saya ucap terima kasih pada sifu walau sudah berkali kali,

Terima kasih juga pada Nuryadi,kerana beliaulah saya dapat kenal dengan sifu2 semua,
selama bertahun tahun saya menjalani hobi ini tanpa ada kawan yang boleh menurunkan ilmu2 tentang bonsai,
sehingga saya kenal Nuryadi dan jumpa blog ini,

Mat Yie said...

Hai Pak Sulis,

Kalau dgn Pak Sulis bisa aja diajarin, tapi saya tunggu sampai Pak Sulis melawat Kelantan.

mad soghe said...

HAI PAH SULIS,,,,,,,,,,,,
kapan mau ke malaysia ?
tak sabar mau jumpa pak sulis ,
jangan lupa kalau ke kelantan singgah di KL , saya mau berguru nii,,,,
kapan pak,,,

Mat Yie said...

Sifu Muda, A.Yie memohon pd SM agar menjelaskan berkenaan penggunaan baja kepada saudara Ahmad Farus kita ni.
Beliau memerlukan maklumat mengenai baja untuk bonsainya, A.Yie harap SM tidak keberatan utk menjelaskannya.
Terima kasih daun keladi, kalau boleh nak minta tolong lagi di lain kali.

Noryadi said...

He,he..jange duk panggil sifu gak, malu kokre wei braso.

Saya dah masukkan komen menjawab kpd persoalan A.Farus di blog beliau dan dlm BK.

Terima kasih atas kepercayaan Sifu Bohori.

Pak Sulis Mirten said...

Ampun Mas Mad Soghe,aq sebuk dikit membudi dayakan santigi di tempat q. Santigi di sana ada bunganya ngak? Kalu ada biarkan bunganya tua dipohonnya. Kira2 dari umur 3 bulan dari bunga keluar,dia akan merekah,kerinkan habis itu rendam didalam air kira2 6 jam,sesudah itu,taburkan di atas pasir yg kasar habis tu tutup sama serabut kelapa. Tuk suburin q cuma pakai media pasir sama pupuk tai ayam aja. Selamat mencuba,budi dayakan biar santiginya tambah banyak. Soalnya disini q udah berhasil membudi dayakan. Sebelum ini belum ada yang memikir santigi bisa dibudi dayakan. Lupa maw q tanya apa Mas Mad Soghe punya santigi ngak? Rugi ya Mas kira nya gak punya pohon santigi. Soalnya disini sekarang sulit sekali maw cari bahan yang bagus di alam tuk dibuwat stok bonsai kerna ramai petani hantar pohon santigi ke Singapore kerna punya permintaan yang tinggi disana.