Tuesday, January 6, 2009

BUXUS-- WHANGYANG UBAHSUAI


Pokok Buxus dipertengahan tahun 2006


Semasa pertandingan di Kluang Johor Dec 2008


Pandangan belakang setelah konopi diubahsuai



Pandangan hadapan setelah konopi diubahsuai selepas pertandingan di Kluang.
Pokok yg kelihatan muda disebabkan rimbunan konopinya yg lebat boleh diubah cara pruningnya agar ianya kelihatan lebih tua. Pada kebiasaannya kita hanya membentuk konopi shj semasa menyiapkan pokok, cara ini tidak salah tapi pokok tidak akan kelihatan tua dan mudah jemu dipandang. Sepatutnya setiap dahan membentuk satu apex dan didalam setiap apex tersebut terdapat banyak peak, dahan mestilah ada yg keluar dan masuk supaya konopinya tidak nampak sama dari jauh, maksud saya konopinya jadi macam "A" atau "O" adalah tak cantik. Pokok yg dilihat dari jauh akan kelihatan satu konopi shj perlu diubah agar kita dapat melihat juga dahan,ranting dan perbezaan apex antara dahan ke dahan. Paling mudah mengerti jika kita perhatikan pokok yg tua dialam ini.Pokok yg tua tidak mempunyai daun yg banyak walaupun ianya dlm keadaan subur dan sehat.

19 comments:

Ahmad Farus said...

Mat Yie,
Saya ada beberapa pokok buxus ni dan berlainan size daun nya.Pada pendapat saya,size pokok kecil ni amat menarik dgn size daun yg kecil(pastinya begitulah).Membezakan pokok daun size kecil atau besar kita lihat pada lurah(countour)batang pokok.Betul ke begitu?
Pleasa help.Tq

Mat Yie said...

Encik Farus,
Ya,kebiasaannya begitulah tetapi perbezaan daunnya pun sudah dapat diagak. Jarak mata tunas whangyang berdaun besar agak jauh sedikit berbanding yang berdaun kecil.

Syah said...

Salam A.Yie..
Pokok buxus ni boleh ke di potong akarnya secara drastik untuk di muatkan dalam pasu?Asalnya dalam polibag tinggi lebih kurang 6"... Boleh ke buang akar lebih kurang 3" dari bawah?

Pak Sulis Mirten said...

Aq amat suka topik ubahsuai bonsai ini.
Guru q berpesan,
Sering kali kita mengalami kesulitan tuk menemukan sudut pandang yang cocok dan enak dilihat dari sebuah bonsai baik bahan maupun bonsai yang sudah jadi. Bonsai yang mempunyai fitur yang unik lajimnya menjadi masalah karena sudut tekukan seta posisi kanopi yang ada gak bisa dirobah lagi,padahal keseimbangan optiknya kurang bagus. Kadangkala sudut pandang sebuah bonsai tidak cukup dicari hanya dengan berputar kiri-kanan, samping-belakang aja, kita dituntut tuk memiliki ketajaman dan kejelian mata tuk menemukan sudut yang indah tersebut. Sering sekali kita perlu berfikir secara tidak lajim,jangan terpaku pada kondisi dan gaya yang sudah ada, coba mencari alternatif lain yang mungkin sangat ekstrim. Sudut pandang baru yang indah mungkin bukan berada di kiri-kanan atau samping-belakang, tetapi berada di bagian agak dari atas atau agak dari bawah sehingga sering bonsai tersebut perlu kita reposisi secara total. Mungkinkita butuh menunggingkan pohonnya. Kalau sudah menemukan sudut pandang yang indah, maka tinggal membuat komposisi baru pohon tersebut.

Mat Yie said...

Hai Shah,

Dari pengalaman A Yie Whangyang boleh dipotong pendek spt santalia
dan akar rambu yg halus mesti dibuang habis, pastikan semasa menanam tanah dapat memenuhi setiap ruang akar. Biasanya tanah lama A Yie
buang habis. Walau apa kata org lain sekalipun A Yie tetap dgn cara ini kerana jika tidak membuang tanah asal pokok tidak akan subur dan akan bermasalah. A Yie telah mencuba bermacam cara dan cara ini yg paling terbaik. Jangan takut cuci akarnya sampai terlanjang pun tak apa. Simpan tempat teduh yg terkena embun sampai keluar pucuk.

Pak Sulis Mirten said...

Syah, apa cowok atau cewek. Gak apa.
Baru q lihat nama Syah di sini,bagus sekali. Nama sebenarnya apa ya? Apa namanya udah ada di dalam persatuwan bonsai cabang Kelantan ya? Apa nomornya?

Syah said...

Hai A.yie,
Terima kasih kongsi pengalaman ngan saya..Maksud a.yie cuci akar tu macam mana? boleh dibasuh ke?
Perlu ke apa² jenis pokok dibuang daun kalau akar rambu di buang? Biasanya lepas berapa lama repot baru a.yie bajakan pokok tu? Buxus makan masa yg lama tak untuk membesar?Sori a.yie banyak tanya pulak saya ni....cantik makwe sebelah tu..sama² minat bonsai ke?
hehehe...
Hai Pak Sulis,
Nyong lanang la pak..Baru lagi dengan bonsai..harap Pak sulis juga sudi beri tunjuk ajar pada saya..Suka baca komen² pak sulis..
amat bernas dan berguna kepada semua penggiat bonsai terutama yang baru dalam arena ni..Saya belum lagi sertai PSBK..Dalam proses nak pergi jumpa SM Adi..

Mat Yie said...

Hai Syah,
Akar boleh dicuci dgn spray penyiram, boleh gunakan air yg tajam supaya tanah yg berada di celah2 akar terkeluar semuanya.
Bukan semua pokok perlu dibuang daun semasa repot. A.Yie tidak pernah buang daun buxus semasa repot.
Buxus boleh dibajai selepas keluar pucuk, buxus tidak boleh dibajai berlebihan.
Kebiasaannya buxus perlahan pertumbuhan pembesarannya.
Awek sebelah tu isteri kesayangan A.yie, minat gila bonsai.

Abdul Malik said...

abg yie & kak ani,

amboi depa dua mcm baru kahwin.
cantik tu.....jeles

Abdul Malik said...

poko buxus yang cantik ...jgn salah faham

Syah said...

A.Yie,
Best la dapat pasangan yg sama minat mcm isteri A.yie...semoga bahagia sampai akhir hayat..Ntah² bertemu pun sebab bonsai pe...heheh..gurau je sifu...

Syah said...

Salam A.Yie..
Buxus lebih sihat dan cepat besar ke kalau repot dengan cara ni?
daunnya akan gugur tak lepas buang semua akar rambu?

Mat Yie said...

Hai Syah,
Tidak ada masalah dlm pembesaran kalau mengikut cara2 yg betul masa merepot buxus ni.
Daunnya tidak akan gugur walaupun kita buang akar rambunya, tapi pastikan pokok itu dalam keadaan kejap ( tidak bergoncang ) selepas menanamnya.

Mat Yie said...

Hai Malik,
Awak pun apa kurangnya.
Apa dah jadi dgn blog bonsai Malik nih, kosong semuanya.

zamrizal said...

salam Abg Yie...

saye nak tanyela...macamane nak hilangkan lumut kulat2 pada batang pokok buxus ni.

Mat Yie said...

Kebiasaannya kita berus saja batangnya, atau spray dgn water jet.
Satu lagi sapu dgn sulfur tapi jangan bagi kena daunnya nanti meranting.

zamrizal said...

salam Abg Yie...

Saya nak tanyela, bunga buxus ni perlukah kita buang?

Mat Yie said...

Hai Rizal,
Bunga buxus seelok eloknya dibuang supaya tunas baru cepat tumbuh.

Mfiza Husin said...

assalamualaikum abe yie....
saya ada mengambil pokok cucur atap yg hidup liar, bagaimanakah caranya utk menanam cucur atap ke dalam pasu....baru nak belajar