Monday, January 26, 2009

SANTALIA - WRIGHTIA RELIGIOSA - JELITI - ANTING PUTRI


Jeliti Miniture kepunyaan A.Yie.


Dapat tempat ke tiga di Cheras KL.


Jeliti Small.

7 comments:

zamrizal said...

hai Abg Yie..

cantik pokok mini ni. santalia mini ni guna benih santalia biase ke...kerana mata tunasnye rapat2la...mungkin kerana pengawalan air siraman ke...

Mat Yie said...

Hai Rizal,

Pokok mini ini baka dari Johor, untuk membuat pokok mini sebaiknya jangan guna santalia baka nombor satu kerana ia tidak akan kelihatan tua.
Membuat pokok mini lebih rumit daripada membuat pokok besar kerana mata tunasnya selalu jauh dan terpaksa dipendekkan semula.
Pokok mini A.Yie ini sudah berumur 11 tahun. Pengawalan air dan baja adalah mustahak semasa pembikinannya.

Syah said...

A.Yie...
Santalia ni ada banyak jenis kan..
ada yang bunga selapis, dua lapis dan banyak lapis..yang bunga banyak lapis ni daunnya lebih kecil dari yang lain dan tunas baru mudah tumbuh di setiap bahagian batang..Jenis mana yang paling sesuai untuk di buat bonsai?

Mat Yie said...

Hai Syah,

Santalia ada banyak baka antaranya
1. Santalia daun kecil,lebih dikenali santalia taiwan, cantik dibuat bonsai, bunga selapis kecil.
2. Santalia Vietnam, bunga selapis,tak bagus dibuat bonsai,dahannya rapuh mudah patah.
3. Santalia bunga kuning selapis,cantik dibuat bonsai,bakanya agak susah sedikit diperolehi.
4.Santalia bunga susun dua lapis,cantik dibuat bonsai.
5. Santalia bunga selapis, yg biasa terdapat ditempat pertandingan.
6. Santalia bunga pink selapis dikatakan juga ada tapi A Yie tak pernah lihat bakanya.
7. Santalia baka kampung bunga selapis, tak bagus dibuat bonsai kerana terasnya (kayunya)mudah reput.

Santalia bunga selapis ada banyak jenis iaitu yg batang putih, kelabu dan agak hitam sedikit.Baka yg terbaik sekali batangnya putih kulitnya tebal daunnya panjang macam mata pedang dan batangnya berat. Jangan keliru dengan baka yg hampir sama cuma baka yg kurang bagus itu bezanya kulit nipis dan ringan sahaja. Sekian.

zamrizal said...

salam abg Yie..

untuk bonsai mini ni ketika dalam training perlukah ditanam dalam pasu besar atau yg pasu bersaiz kecil sahaja...mcmane dengan kadar penyiraman dan pembajaannye...mintak tunjuk ajar abg Yie..

padly said...

assalamualaikum A.yie,

saya fadzli dari Kulim, yang singgah rumah abang Yie hari sabtu hari tu (24.1.2009) dengan kawan2 dari Kedah. Terima kasih atas layanan best Abang Yie hari tu.

Mat Yie said...

Hai Zamrizal,

Santalia atau pokok apa sekalipun yg mahu dibuat saiz mini seeloknya ditraining dalam pasu yg bersaiz kecil, masalah air dan pembajaan adalah saperti biasa.

Hai Padly, Waa..salam.

Sama sama, ada masa datanglah lagi boleh kita pergi gali sendiri cucur atap kat Trengganu, buat pengalaman dan kenangan.