Saturday, January 10, 2009

CUCUR ATAP- SEBELUM & SELEPAS


Sebelum siap sepenuhnya, selepas beberapa bulan masuk tanding kat Kuala Lumpur (Cheras) dapat tempat ke 2.


Mengubah cara kedudukan dan posisi pandang untuk penampilan yang lebih hebat.




Untuk mendapatkan satu pandangan yg harmoni pokok haruslah ditanam dengan betul iaitu harus mengikut gerak batang disamping mencari satu sudut pandangan untuk di hayati. Pokok yg harmoni itu bukan dibentuk dgn ilmu pengetahuan semata mata ianya haruslah bersama dengan jiwa dan hati nurani seseorang, seolah olah kejadian pembentukan itu datangnya dari yg Maha Esa. Kita hanya merancang Allah yg menentukan segalanya, Allah suka pada semua keindahan dalam segala bentuk.

8 comments:

Noryadi said...

Bravo!

Mcm mana kaedah mengecilkan pot cucur atap ini dpd saiz pot training sehingga ke saiz pot setinggi 2 inci tersebut? Saya pasti akarnya mempunyai umbi yang besar selepas di gali dan akar rambu yang banyak semasa di peringkat training nya.

Mat Yie said...

Hai Yadi,
Memang akar tunjangnya panjang & besar. Hampir 4 inci A. Yie potong semula akar tunjangnya.
Tidak perlu bimbang kerana cucur atap yang sudah 2-3 tahun dalam pasu telah hidup dengan akar rambu yg lain.
Selepas potong ditanam semula seperti pokok baru digali, mesti berada di tempat teduh lebih kurang 2 minggu dan dispray batangnya dlm tempoh itu.
Pastikan selepas menyiram air dapat turun melalui lubang pasu dgn senang.
Bila keluar pucuk baru bolehlah diajar terkena matahari pagi dan seterusnya ke tempat panas, kebiasaannya tiada masalah.

Noryadi said...

Terima kasih dgn penerangan tersebut.

Ruzi said...

Berkenaan "cucur atap" saya pernah melawat kerumah beberapa pemain d kelantan utk melihat pokok tersebut. Dalam kebanyakan spesis pokok yg boleh dibonsaikan saya begitu fanatik kepada pokok tersebut. Soalan saya; Diperhatikan Ramai pemain mengupas kulit pokok tersebut?.... Adakah wajar diperlakukan begitu dan apakah kelebihan atau kelemahan diperlakukan begitu Yakni cara MENGUPAS kulit spesi pokok Yg Bernama "CUCUR ATAP" Ruzi Ketereh

Mat Yie said...

Hai Ruzi,
Tak ada masalah cucur atap nak kupas kulitnya tapi sebaik baiknya jangan kupas.

zamrizal said...

hai Abg Yie...

saya baru membeli pokok CA ni...Dan telah merepotkannya...pokok ni ditanam oleh nurseri menggunakan tanah merah saja...perlukah saya buang semua tanahnye digantikan tanah lain dan perlukah dibuang kulit2nye yang lembut tu...dan perlukah saye membuang daunnye sekali ketika merepot...

zamrizal said...

hai saudara Noryadi...

Aktif sungguh saudara dalam persatuan bonsai ye....harap ada mase kite bleh berkenalan...berkongsi idea..dalam sungguh ilmu saudara...saya teringin melihat buah tangan saudara..

Mat Yie said...

Hai 2 u 2 Rizal,

Tanah lama boleh diguna juga tapi seeloknya tanah dicampur dgn pasir (50-50).
Kulit tak perlu dibuang tapi boleh diberus nipis dgn keadaan masa.
Daun tak perlu dibuang.